Posted on Leave a comment

Botol Susu Khas untuk Bayi Lahir tak Cukup Bulan*

Adakah anda ada bayi yang lahir tidak cukup bulan atau disyorkan perlu lahir lebih awal? Adakah anak anda perlu tinggal di hospital untuk beberapa ketika bagi memastikan kesihatannya stabil? Bayi anda memerlukan botol susu yang sesuai dengan keadaannya.

Botol Susu Untuk Anak Baru Lahir
Botol Susu untuk anak lahir tak cukup bulan

Bayi, terutamanya bayi yang lahir tidak cukup bulan, adalah amat sensitif dan memerlukan keselesaan dalam keadaannya yang baru lahir ke dunia. Bayi perlu menyesuaikan diri dengan dunia yang baru ditempuhnya. Pada ketika ini, nalurinya amat dekat dengan ibu dan sentiasa mencari-cari ibu yang selama ini melindungi dalam rahimnya. Keluar ke dunia adalah sesuatu yang baru bagi bayi tersebut, dalam keadaannya yang sangat-sangat rapuh dan memerlukan ibu yang selama ini menjaganya.

Memahami keadaan inilah, botol susu bersaiz kecil dan mudah diterima oleh bayi yang baru lahir dan bayi yang lahir pramatang / tak cukup bulan* direka. Dengan putingnya yang lebar dan lembut, seakan-akan menyerupai puting ibu, kebanyakan bayi mudah menerima botol susu ini. Putingnya beraliran perlahan agar bayi yang baru lahir ini tidak tersedak dan muntah susu.

avent 2oz baby menyusu

Masalah kembung perut juga menjadi kebimbangan para ibu. Anak kecil yang menangis, kebiasaanya ada sesuatu yang buat mereka tidak selesa. Untuk mengelakkan masalah kembung perut, puting susu Philips Avent Natural dilengkapi dengan injap udara agar bayi anda tidak menelan udara semasa menyusu botol.

Saiz botol yang kecil bukan sahaja mudah dipegang dan dibawa kemana-mana, tetapi yang lebih utama sangat sesuai dengan keperluan penyusuan bayi baru lahir yang perlu minum hanya 2 oz susu setiap kali penyusuan pada minggu-minggu pertamanya.**

Botol susu ini amat sesuai untuk hari-hari pertama anak anda yang lahir tidak cukup bulan, sama ada untuk kegunaan di rumah atau di hospital.

highlights
Kelebihan Botol Susu Avent

*berdasarkan kesesuaian botol yang dikombinasi dengan breastfeeding.

** sumber: Babycentre

Untuk keterangan lanjut; boleh hubungi Ika; melalui Whatsapp 0139923065.

Atau boleh beli direct di sini.

botol susu avent 2oz single pack

Harga untuk 1 botol; RM30 (tidak termasuk pos)

 

 

Posted on Leave a comment

7 Kelebihan Tommee Tippee 11 oz Deco Blue Pink

7 Kelebihan Tommee Tippee 11 oz Deco Blue Pink

Ramai ibu yang mahukan botol susu bersaiz besar yang menarik daripada jenama botol susu ternama dunia. Kami bawakan khas untuk anda dari Eropah botol susu Tommee Tippee 11 oz Decorated Blue Pink ini dengan dua warna dan design yang menarik hati anak anda!

Continue reading 7 Kelebihan Tommee Tippee 11 oz Deco Blue Pink